Pembaharuan SSM

5 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Disember 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pembaharuan SSM” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pembelajaran kali ini ialah bersama Cik Rohayu yang ingin memperbaharui SSM. Staf PEDi membantu Cik Rohayu membuat pendaftaran ke dalam sistem ezBizz bagi memudahkan proses pembaharuan secara atas talian. Setelah berjaya mendaftar, usahawan perlu mengesahkan maklumat usahawan dan perlu muat naik dokumen seperti salinan kad pengenalan, gambar dan lesen kenderaan. Setelah membuat pengesahan, usahawan boleh memperbaharui SSM melalui sistem ezBizz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali